Post Hari nie saya just nak bagi peringatan kepada semua pembaca di sini dan jugak member2 blogger yang lain..Kalau pada yang dah tahu syukur lah…Ianya berkenaan Virus Micheal Jackson yang baru dicipta oleh hacker yang bertujuan mengambil kesempatan kepada pengguna internet yang merupakan peminat Micheal Jackson…Saya pun takde masa sangat mlm nie pasal saya baru saja balik dari melawat ayah mertua saya yang terlantar di wad rawatan rapi(ICU) sekarang nie…Memang saya amat keletihan hari nie..Tapi untuk berita terbaru kepada anda semua saya luangkan sikit masa untuk siarkan berita terbaru nie..Jadi Anda boleh lah terus membaca artikel nie ye……
Artikel nie saya jumpa semasa saya membaca suratkhabar utusan pagi tadi sambil2 tunggu waktu melawat di hospital tadi..so…baca selebihnya ok….
Waspada virus komputer Michael Jackson
SINGAPURA 2 Julai – Firma keselamatan komputer, Sophos hari ini mengeluarkan amaran mengenai sejenis virus Internet yang disebarkan menerusi satu e-mel umum yang mendakwa mengandungi lagu-lagu dan foto rahsia Michael Jackson.
E-mel itu bertajuk ‘Remembering Michael Jackson’ (Memperingati Michael Jackson) dan dikirim daripada alamat ‘sarah@michaeljackson.com’, menurut Sophos dalam satu kenyataan dari pejabatnya di Singapura.
Ia memaklumkan penerima bahawa satu fail yang dilampirkan berjudul ‘Michael songs and pictures.zip’ mengandungi lagu-lagu dan gambar-gambar ikon muzik pop tersebut, yang meninggal dunia akibat serangan sakit jantung di Amerika Syarikat (AS) pada 25 Jun lalu.
Sophos memberi amaran kepada pengguna komputer supaya jangan membuka fail lampiran itu.
“Dengan membuka lampiran itu, pengguna komputer terdedah kepada jangkitan. Sebaik sahaja dijangkiti, sesebuah komputer secara automatik akan mula menyebarkan virus kepada pengguna Internet yang lain,” menurut Sophos.
Selain tersebar menerusi e-mel, virus itu juga boleh merebak sebagai komponen Autorun pada ‘thumb drive’ USB.
Konsultan teknologi kanan Sophos, Graham Cluley berkata, ramai pengguna komputer dijangka terdorong untuk membuka fail lampiran tersebut disebabkan minat mendalam terhadap kematian mengejut Raja Pop itu.
“Bagaimanapun pengguna komputer yang bijak seharusnya menyedari penjenayah siber selalunya cepat bertindak untuk mengeksploitasi laporan berita bagi menyebarkan perisian perosak dan spam,” kata Cluley. – AFP
Related posts:




[Reply]
Iqone_Dinie Reply:
August 7th, 2009 at 2:28 am
yup betul tuh taqi…para hackers tu memang tgu masa yg sesuai untuk lancar virus terbaru mereka…..
[Reply]
ni la hakikat dunia skang,bile da xde makin popular plk.
[Reply]
Iqone_Dinie Reply:
July 5th, 2009 at 5:30 pm
bagus ar kalo camtu…x beq tau memburukkan name org yg dah mati…
[Reply]
dah meninggal,makin naik nama dia..
[Reply]
Iqone_Dinie Reply:
July 4th, 2009 at 11:47 pm
bagus gak kadang2 kan…tibe2 je puak2 hacker nie naikkan name Mj nie kan…hehe..tapi pe yg diorang wat nie leh jatuhkan name Mj nie..hihi..thanx coz sudi jd pengkritik kat sini k…
[Reply]
[Reply]
Iqone_Dinie Reply:
July 4th, 2009 at 10:45 pm
yup memang betul…so..berwaspada lah…kalo ade sampai email tue just delete jer…jgn bukak..
[Reply]
[Reply]
Iqone_Dinie Reply:
July 4th, 2009 at 10:44 pm
memang peluang nie yg para hacker tuh tunggu n nantikan tuh…hihi
[Reply]
[Reply]
Iqone_Dinie Reply:
July 4th, 2009 at 7:10 pm
a,ah may be la tu kot lan..pe2pon hebohkan pada kawan2 yang belom tau erk…
[Reply]
[Reply]
Iqone_Dinie Reply:
July 4th, 2009 at 3:28 pm
tu la pasal pear…pandai diorang amik kesempatan kepada peminat Jacko ni kan…x abis2 kije si hacker nie…isk3….
[Reply]