“Janganlah anda mematikan diri anda sebelum anda benar-benar mati”
Salam kembali buat anda semua yang masih setia untuk datang ke sini walaupun saya akui memang lama betul saya tiada membuat sebarang entry baru di sini..
Sebelum saya menaip dengan lebih panjang lebar..saya ingin memohon maaf kepada anda semua yang sudi datang ke sini untuk mencari info-info di sini tapi hampa kerana blog ni dah lama tak diupdate..Kekadang saya rasa bersalah pada diri sendiri kerana meninggalkan anda semua begitu saja tanpa berkongsi info-info yang berguna kepada anda semua terlalu lama..
Erm….tentu anda tertanya-tanya kenapa tiba-tiba saya bercakap tentang “mati” ..Anda jangan tersilap faham pulak ye,sebenarnya tiada siapa pun yang mati..Apa yang saya nak kongsikan dengan anda kali ini adalah maksud disebalik kata-kata ini “Janganlah anda mematikan diri anda sebelum anda benar-benar mati”..
Kata-kata itu boleh dikatakan agak dalam maksudnya kalau di fikir dalam-dalam pada saya..Sebab itu saya suka untuk berkongsi dengan anda semua kali ini..Buat kali ini saya hanya hendak mentafsirkan dengan ringkas saja tentang kata-kata tersebut..Ye lah..saya ni bukan seorang sasterawan atau pemuisi yang tersohor..
Pada saya maksud kata-kata tersebut ditujukan kepada seseorang yang gagal dalam melakukan sesuatu perkara dan tidak cuba untuk keluar dari kepompong kegagalan itu..Kerana pada tanggapan saya tatkala seseorang itu menghadapi kegagalan ia boleh diibaratkan sebagai “pengsan” pada waktu itu untuk sementara waktu..Jadi untuk menyedarkan kembali dirinya dari terus “pengsan” itu,dia harus berusaha untuk mencari cara bagaimana untuk melepaskan diri dari kegagalan itu..Seseorang itu tidak boleh hanya mengharap bulat-bulat kepada takdir yang kejayaan akan datang kepadanya dengan tiba-tiba selepas dia mengalami kegagalan tanpa berusaha walau sedikit pun..Orang yang tidak mahu berusaha untuk melakukan perubahan keadaan selepas menghadapi kegagalan itulah yang dimaksudkan sebagai “Mati sebelum ia benar-benar mati”
Kesimpulanya,janganlah membuatkan diri anda “mati” selepas anda mengalami sebarang kegagalan dalam usaha anda melakukan sesuatu perkara..Cuba mencari cara atau ikhtiar untuk anda menemui jalan untuk menuju kejayaan..
Sekian….Selamat menuju kejayaan buat anda semua…
p/s:-insyaallah..blog ini dalam proses mengemaskini semua artikel-artikel yang terdapat disini untuk diasingkan tempat mengikut kategori supaya lebih memudahkan anda semua mencari artikel yang berkaitan pencarian anda di sini..



