Motivasi Jutawan dot Com

Bermulalah Pemburuan Impian Jutawan…

February 7th, 2010

Janganlah anda mematikan diri anda sebelum anda benar-benar mati”

Salam kembali buat anda semua yang masih setia untuk datang ke sini walaupun saya akui memang lama betul saya tiada membuat sebarang entry baru di sini..

Sebelum saya menaip dengan lebih panjang lebar..saya ingin memohon maaf kepada anda semua yang sudi datang ke sini untuk mencari info-info di sini tapi hampa kerana blog ni dah lama tak diupdate..Kekadang saya rasa bersalah pada diri sendiri kerana meninggalkan anda semua begitu saja tanpa berkongsi info-info yang berguna kepada anda semua terlalu lama..

Erm….tentu anda tertanya-tanya kenapa tiba-tiba saya bercakap tentang “mati” ..Anda jangan tersilap faham pulak ye,sebenarnya tiada siapa pun yang mati..Apa yang saya nak kongsikan dengan anda kali ini adalah maksud disebalik kata-kata ini “Janganlah anda mematikan diri anda sebelum anda benar-benar mati”..

Kata-kata itu boleh dikatakan agak dalam maksudnya kalau di fikir dalam-dalam pada saya..Sebab itu saya suka untuk berkongsi dengan anda semua kali ini..Buat kali ini saya hanya hendak mentafsirkan dengan ringkas saja tentang kata-kata tersebut..Ye lah..saya ni bukan seorang sasterawan atau pemuisi yang tersohor..

Pada saya maksud kata-kata tersebut ditujukan kepada seseorang yang gagal dalam melakukan sesuatu perkara dan tidak cuba untuk keluar dari kepompong kegagalan itu..Kerana pada tanggapan saya tatkala seseorang itu menghadapi kegagalan ia boleh diibaratkan sebagai “pengsan” pada waktu itu untuk sementara waktu..Jadi untuk menyedarkan kembali dirinya dari  terus “pengsan” itu,dia harus berusaha  untuk mencari cara bagaimana untuk melepaskan diri dari kegagalan  itu..Seseorang itu tidak boleh hanya mengharap bulat-bulat kepada takdir yang kejayaan akan datang kepadanya dengan tiba-tiba selepas dia mengalami kegagalan tanpa berusaha walau sedikit pun..Orang yang tidak mahu berusaha untuk melakukan perubahan keadaan selepas menghadapi kegagalan itulah yang dimaksudkan sebagai “Mati sebelum ia benar-benar mati”

Kesimpulanya,janganlah membuatkan diri anda “mati” selepas anda mengalami sebarang kegagalan dalam usaha anda melakukan sesuatu perkara..Cuba mencari cara atau ikhtiar untuk anda menemui jalan untuk menuju kejayaan..

Sekian….Selamat menuju kejayaan buat anda semua…

p/s:-insyaallah..blog ini dalam proses mengemaskini semua artikel-artikel yang terdapat disini untuk diasingkan tempat mengikut kategori supaya lebih memudahkan anda semua mencari artikel yang berkaitan pencarian anda di sini..








Related posts:

  1. Kisah Motivasi Hidup Raja Pop Dunia
  2. 6 Tip Motivasi Diri..
  3. Kunci Menjadi Seorang Jutawan.
  4. Adakah Anda Pernah Gagal?? Tahniah Kepada Anda..

11 Responses to “ Janganlah Kamu Mati Dulu!!! ”

  1. azizan4444 says:

    gagal skli bkn bermkna gagal selamanya..yg penting usaha dan tawakal…keyakinan pada diri sndri kena tinggi…

    [Reply]

    Iqone_Dinie Reply:

    @azizan4444,
    ye betul tu azizan..gagal sekali bukan bermakna gagal untuk selamanya…gagal tu sebenarnya sebagai panduan@pengajaran buat kita menuju kejayaan..

    [Reply]

    AyieBlog Reply:

    @azizan4444,salam ha betul apa yang zizan taip gagal sekali bukan bermakna gagal untuk dua kali or beberapa kali :D ,kau tgk pengusaha KFC dah banyak gagal x silap ayielah dia nak buat resepi KFC kegagalan dia 1007 kali bayangkan berapa banyak kali gagal,nie kita baru gagal 2 @ 3 kali dah mengalah :D … cayo cayo :D

    [Reply]

    Iqone_Dinie Reply:

    @AyieBlog,
    ye betul kata ayie tu..kalaulah pengasas KFC tu dah give up untuk berusaha,tak merasa lah kita nak makan KFC tu pada hari ni kan…

    p/s:terima kasih ayie coz sudi singgah dan bagi komen..jangan lupa dtg lagi ok…

    [Reply]

    AyieBlog Reply:

    @Iqone_Dinie, betul2 encik iqone Dinie… :D

    [Reply]

  2. kakeru says:

    Ingatkan kisah ala2 cinta Laila n Majnun ke apa2..hoho.. Ayat yg best, jgn mati dulu, oh!

    p/s: Ayat makan dalam nih.. ;)

    [Reply]

    Iqone_Dinie Reply:

    @kakeru,
    isk..takde la kisah laila majnun tu kakeru..thank for komen n singgah kat sini ok…

    p/s:makan dalam ke ayat tue??

    [Reply]

    kakeru Reply:

    @Iqone_Dinie,

    Ayat ni makan dalam utk org macam saya Iqone_Dinie..huhu..

    [Reply]

    Iqone_Dinie Reply:

    @kakeru,
    owh ye ke….sorry la kalo ade yang terkena erk…ape pon mungkin boleh diambil sebagai panduan buat kakeru erk…

    [Reply]

  3. wanwma says:

    theme baru ni cantik! entri yg bagus…jgn mati sebelum mati..tp kalu kita perhati ramai org mati nak hidup balik..hahaha..sama dgn kejayaan,jatuh sekali bukan bermakna jatuh selamanya. Tp kalu mati, mmg tak boleh hidup dah..sbb tu betul apa yg dinyatakan di atas, jgn mati sebelum mati!

    [Reply]

    Iqone_Dinie Reply:

    @wanwma,
    terima kasih wan pasal sudi singgah dan komen kat sini..erm ye ke cantik theme nie wan?? rase cam biasa2 je la..

    [Reply]

Leave a Reply