Salam kembali buat semua teman2@kawan@member2 semua..Memang lama betul saya menghilangkan diri dari dunia online dan baru sekarang dapat online kembali..Ape kabor sume?? harap korang sume sihat2 je dan bahagia selalu la harapnyer..
Kehilangan saya selama nie bukan sebab dah give up untuk berblog tapi atas sebab yang memang tak dpt nak dielakkan,saya tak dapat nak luangkan masa untuk update blog..Rindu betul saya pada kawan2 dan jugak blog saya nie.
Salah satu masalah yang buat saya tak dapat nak online ialah talian broadband…haha…saya rasa ramai yang dah tau dan pernah alami nasib yg menimpa saya sekarang nie..Saya tak nak la sebut nama syarikat tuh tapi memang betul seperti kata ramai luahan pengguna yang mengeluh dengan servis talian broadband tue..Bak kata pepatah indah khabar dari rupa..Kalo nak dilihat dari Iklan yang memang takde talian lain dah yang dapat tandingi servis yang di berikan dari talian broadband nie.Tapi hakikatnya sungguh mengecewakan..
Ok la..sampai disini dulu buat masa nie….jumpe lagi di post yang akan datang k….salam maju jaya buat semua teman2..dan pembaca semua…
25 hb Jun merupakan hari yang mengemparkan dan menyedihkan bagi peminat Raja Pop dunia iaitu MICHEAL JACKSON..Beliau meninggal dunia akibat serangan jantung..Sebelum nie beliau pernah memeluk ISLAM dan memilih nama Mikaeel yang bersempena nama malaikat yang bertugas sebagai pemberi rezeki sebagai nama Islamnya.Alhamdulillah beliau mendapat hidayah dari Allah untuk memeluk agama Islam sebelum beliau meninggal dunia..Semoga roh beliau diterima sebagai seorang islam di sisi Allah..Saya jugak amat terharu dengan kematian beliau sebab saya adalah antara peminat beliau..ape pun kite kena rela dengan pemergian beliau kerana setiap yang bernyawa pasti akan mati..
ini pula gambar isteri Ustaz Akhill Hayy yang diambil dari sedutan rancangan Wanita Hari Ini(yang berbaju biru dan bertudung biru tue…)



