Wah..memang lama betul saya tak buat post kat sini ye..Sebenarnya saya bukan dah malas nak berblogging lagi,tapi memandangkan masa saya untuk menulis di sini amat kurang..Saya sekarang terlibat dengan situasi yang mengakibatkan blog saya nie terabai..Sebenarnya saya amat rindu pada blog nie dan jugak anda semua yang sampai hari nie tak putus2 datang ke sini walaupun saya agak tentu ada yang kecewa sebab sudah lama saya tak berkongsi tentang info motivasi,tip motivasi,cerita motivasi dan semuanya lah..(kadang2 ada jugak yang datang nak cari info jutawan.hehe saya tau tu…hehe)
Aku,Motivasi Dan Impian Jutawanku…erm,macam best je kan bunyi tagline nie..Sebenarnya tak ada benda yang yang gempak pun dengan tagline nie..Saya just nak cerita serba sedikit apa kaitannya Aku,Motivasi Dan Impian Jutawanku.. nie dengan diri saya dan jugak blog nie..Post kali nie jugak boleh dikatakan ada kaitan dengan kenapa terlalu lama saya tak update blog Motivasi Jutawan dot com nie..Kalau anda rajin baca lah sampai habis ok..hehe..
“Janganlah anda mematikan diri anda sebelum anda benar-benar mati”
Salam kembali buat anda semua yang masih setia untuk datang ke sini walaupun saya akui memang lama betul saya tiada membuat sebarang entry baru di sini..
Sebelum saya menaip dengan lebih panjang lebar..saya ingin memohon maaf kepada anda semua yang sudi datang ke sini untuk mencari info-info di sini tapi hampa kerana blog ni dah lama tak diupdate..Kekadang saya rasa bersalah pada diri sendiri kerana meninggalkan anda semua begitu saja tanpa berkongsi info-info yang berguna kepada anda semua terlalu lama..
Erm….tentu anda tertanya-tanya kenapa tiba-tiba saya bercakap tentang “mati” ..Anda jangan tersilap faham pulak ye,sebenarnya tiada siapa pun yang mati..Apa yang saya nak kongsikan dengan anda kali ini adalah maksud disebalik kata-kata ini “Janganlah anda mematikan diri anda sebelum anda benar-benar mati”..
Kata-kata itu boleh dikatakan agak dalam maksudnya kalau di fikir dalam-dalam pada saya..Sebab itu saya suka untuk berkongsi dengan anda semua kali ini..Buat kali ini saya hanya hendak mentafsirkan dengan ringkas saja tentang kata-kata tersebut..Ye lah..saya ni bukan seorang sasterawan atau pemuisi yang tersohor..
Pada saya maksud kata-kata tersebut ditujukan kepada seseorang yanggagal dalam melakukan sesuatu perkara dan tidak cuba untuk keluar dari kepompong kegagalan itu..Kerana pada tanggapan saya tatkala seseorang itu menghadapi kegagalan ia boleh diibaratkan sebagai “pengsan” pada waktu itu untuk sementara waktu..Jadi untuk menyedarkan kembali dirinya dari terus “pengsan” itu,dia harus berusaha untuk mencari cara bagaimana untuk melepaskan diri dari kegagalan itu..Seseorang itu tidak boleh hanya mengharap bulat-bulat kepada takdir yang kejayaan akan datang kepadanya dengan tiba-tiba selepas dia mengalami kegagalan tanpa berusaha walau sedikit pun..Orang yang tidak mahu berusaha untuk melakukan perubahan keadaan selepas menghadapi kegagalan itulah yang dimaksudkan sebagai “Mati sebelum ia benar-benar mati”
Kesimpulanya,janganlah membuatkan diri anda “mati” selepas anda mengalami sebarang kegagalan dalam usaha anda melakukan sesuatu perkara..Cuba mencari cara atau ikhtiar untuk anda menemui jalan untuk menuju kejayaan..
Sekian….Selamat menuju kejayaan buat anda semua…
p/s:-insyaallah..blog ini dalam proses mengemaskini semua artikel-artikel yang terdapat disini untuk diasingkan tempat mengikut kategori supaya lebih memudahkan anda semua mencari artikel yang berkaitan pencarian anda di sini..
Salam buat semua pembaca Motivasi Jutawan[dot]Com…
Hari nie saya tengah saya duk belek surat khabar metro online saya ternampak satu artikel yg boleh dikatakan mengujakan saya dan membuat saya semakin bersemangat untuk meneruskan perjuangan saya kearah jutawan di suatu masa nanti…Jadi di sini saya nak kongsikan dengan anda semua tentang artikel tue..Harap leh jadi pembakar semangat juga untuk anda semua…
Salam sejahtera buat anda semua yang sudi datang menjenguk di blog yang x seberapa nie..Kehadiran anda semua di harap dapat menambahkan lagi semangat untuk saya menulis bagi membolehkan saya berkongsi dengan anda semua apa saja ilmu yang saya ada agar dapat membantu sesiapa yang yang memerlukan…
Post kali nie saya nak bercakap tentang “Perihal Hati”..Mungkin dah ramai yang tahu dan saya percaya tentu anda yang masih belum perasan@tak tau tentang”Perihal Hati” nie..Ok la..bagi yang dah tahu tue kalau nak teruskan membaca silakan dan bagi yang belum tau tue diharap ambil perhatian ok…
Pernah tak anda dengar yang dari hati boleh buat kite berjaya dan dari hati jugak boleh membuat kite gagal??Kuasa hati nie tak kurang hebat kalu nak dibanding dengan kuasa minda..jadi harap kite janganlah ambik mudah tentang perihal hati nie..Kenapa saya kata macam tue??Mari saya terangkan serba sedikit untuk pengetahuan anda semua..
Selepas sekian lama saya menyepi diri dari menulis di blog nie hari nie saya hanya nak kongsikan sikit tip@teknik untuk membina motivasi diri..
Pernah tak sesekali anda rasa diri sungguh tak bermaya dan dalam pada tue pikiran anda terasa kosong?? Ibarat seperti hidup anda tak bererti lagi pada masa tue…Kalau ada itulah tandanya anda sudah kehilangan kekuatan motivasi diri…Jadi apa yang anda buat selepas anda alami keadaan semacam tue???
Ok…Kali nie saya nak kongsi 10 teknik yang boleh membina motivasi diri tatkala anda mengalami situasi yang saya sebut di atas…Insyaallah anda akan dapat bangkit dengan semangat yang baru…Sebelum saya terus kepada 10 teknik tue,harap anda tarik nafas dalam2 dan lepaskan sekaligus dan kemudian ucapkan salam untuk diri sendiri…Selepas tue katakan pada diri sendiri yang anda dijadikan bukanlah untuk merungut @ berkeluh kesah selepas masalah menimpa diri…Kemudian amalkan 10 teknik membina motivasi diri yang saya kongsikan nie…
Adakah anda ada perasaan cemburu??Erm…rugi rasenye kalau anda takde perasaan cemburu tue..Anda tahu tak dari perasaan cemburu tu lah yang boleh membuat anda berjaya mahupun menjadi seorang jutawan kelak…Tentu anda pelik kan dengan kate2 saya nie..Saya pun mase mule2 mendengar pasal nie agak terkejut gak..Ye la,mane tak terkejut kalau tibe2 org kate dengan cemburu kite boleh jadi kaya..Tapi bile saya dengar dulu sampai habis baru la saya tahu memang betul dengan cemburu nie boleh buat kite berjaya walau kite nak jadi jutawan sekalipun…….
Salam dan selamat sejahtera buat anda semua yang masih sudi untuk membaca di Motivasi Jutawan[Dot]Com..Terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan kepada anda kerana dengan sokongan andalah yang buat saya bertambah semangat untuk menulis..
Kali nie saya tak nak menulis panjang lebar untuk anda atas sebab kesuntukan masa yang teramat sangat pada saya kerana kesibukan yang sedang saya alami sekarang nie..Untuk kali nie saya hanya nak berkongsi dengan anda sebuah video yang mengandungi nilai2 motivasi yang pada saya dapat anda jadikan panduan motivasi diri..silalah tonton video nie sampai habis ye…insyaallah anda akan faham maksud yang nak disampaikan melalui video nie ye…selamat menonton…
p/s=saya suke tengok video nie..sebab tue saya nak kongsikan dengan anda pulak..terpulanglah pada anda menilainya..
Salam sejahtera buat anda pembaca Motivasi Jutawan[Dot]Com..
Oleh sebab masa yang asyik mencemburui saya skang nie buat saya jadi kurang masa untuk sediakan post baru untuk anda semua..Tapi insyaallah bile dah selesai semua kerja2 saya yang tengah menimbun nie saya akan cuba sedaya upaya saya untuk sediakan entry terbaru buat anda yang sudi membaca di sini ok….doakan saya ok…
Entry kali nie berkenaan akibat daripada kehilangan motivasi diri..Banyak yang saya dapat dengar,baca dan lihat tentang orang yang kehilangan motivasi diri dan bermacam kejadian telah berlaku akibat dari tue..
Kali nie saya nak kongsikan sedikit kisah yang berlaku akibat dari kehilangan motivasi diri…