Salam dan selamat sejahtera semua pembaca Motivasi Jutawan[Dot]Com..

inilah gambar Ustaz Akhill Hayy Bersama Waheeda Wassini..
ini pula gambar isteri Ustaz Akhill Hayy yang diambil dari sedutan rancangan Wanita Hari Ini(yang berbaju biru dan bertudung biru tue…)
Hari nie saya nak kongsikan dengan anda semua tentang cerita seorang ustaz yang kian glamor di malaysia sekarang iaitu Ustaz Akhill Hayy yang top di Astro Oasis…Kebetulan hari nie saya tertonton Wanita Hari Ini(WHI) dimana isteri beliau telah ditemubual dalam rancangan tersebut…terkejut juga saya bila tahu cerita tentang ustaz akhill hayy nie…ye la,saya pun boleh di kategori kan sebagai peminat beliau.(hehehe)..Macam mana seorang ustaz yang saya minati tue boleh menghadapi perkara semacam tue sedangkan selama nie ramai yang tahu reputasi Ustaz Akhill pada mata rakyat malaysia…Memang saya masih tertanya2 ape sebenarnye yang terjadi pada Ustaz Akhill Hayy sekarang nie…Dalam akhbar metro pulak saya ada terbaca yang Ustaz Akhill Hayy masih berdiam diri….nie la keratan akhbar yang saya baca tue………
Akhil Hayy berdiam diri
Oleh Muhd Izawan Baharin
izawan@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Selepas pendedahan mengenai masalah rumah tangga mereka pada Ahad lalu, penyanyi dan penceramah, Akhil Hayy tidak menghubungi isterinya berhubung isu itu.
Isterinya, Maizawati Zainal, 33, berkata dia tidak tahu di mana Akhil berada, malah suaminya itu tidak menghubunginya bagi mendapatkan penjelasan walaupun selepas kisah rumah tangga mereka didedahkan media massa.
Dia bagaimanapun tidak mahu memanjangkan lagi isu itu kerana sudah menyerahkannya kepada peguam.
“Kalau ada apa-apa pun biarlah di Mahkamah Syariah Ipoh pada 2 Jun nanti,” katanya yang dihubungi semalam.
Harian Metro semalam melaporkan Maizawati mendedahkan Akhil pernah buat pengakuan mengenai hubungannya dengan penyanyi, Waheeda dan meminta izin untuk berkahwin.
“Saya izinkan mereka berkahwin dan sedia menerimanya sebagai madu, namun kini saya tak tahu sama ada mereka sudah berkahwin atau belum,” katanya.
Maizawati dilaporkan berkata, dia mengetahui gosip hubungan suaminya dengan penyanyi itu melalui media, tetapi tekad tidak mempercayai apa yang dipaparkan kerana meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Akhil.
Bagaimanapun, kesabarannya sampai ke penghujung apabila Akhil tidak pulang ke rumah sejak Februari lalu dan anak pula terpaksa bertukar sekolah kerana menjadi mangsa perli rakan mengatakan mereka mempunyai ibu tiri.
Cubaan Harian Metro untuk mendapatkan sebarang komen daripada Akhil juga gagal walaupun telefonnya berdering.
Spekulasi mengenai hubungan Akhil yang juga dikenali sebagai Ustaz Rock dengan penyanyi Norwahidah Abdul Wahab, 31, atau Waheeda kembali panas apabila Maizawati membuat pendedahan menerusi rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9, kelmarin.
Baru-baru ini, gosip mengenai hubungan dua penyanyi itu timbul semula selepas gambar mereka di pantai tersebar di Internet.
Sementara itu, Waheeda menerusi sebuah portal berita dilaporkan meminta supaya jangan bertanyakan isu berkenaan kepadanya.
Dalam kenyataan ringkas itu, Waheeda hanya meminta isu terbabit dirujuk kepada orang terdekat dengan Maizawati.
Saya harap Ustaz Akhill jangan la mendiamkan diri lagi…Bongkarkan lah apa yang terjadi sebenarnye…Ramai yang masih tertanya di luar sana tue…..