Motivasi Jutawan dot Com

Bermulalah Pemburuan Impian Jutawan…

February 11th, 2010

Salam kembali buat anda semua pembaca semua..

Wah..memang lama betul saya tak buat post kat sini ye..Sebenarnya saya bukan dah malas nak berblogging lagi,tapi memandangkan masa saya untuk menulis di sini amat kurang..Saya sekarang terlibat dengan situasi yang mengakibatkan blog saya nie terabai..Sebenarnya saya amat rindu pada blog nie dan jugak anda semua yang sampai hari nie tak putus2 datang ke sini walaupun saya agak tentu ada yang kecewa sebab sudah lama saya tak berkongsi tentang info motivasi,tip motivasi,cerita motivasi dan semuanya lah..(kadang2 ada jugak yang datang nak cari info jutawan.hehe saya tau tu…hehe)

Aku,Motivasi Dan Impian Jutawanku…erm,macam best je kan bunyi tagline nie..Sebenarnya tak ada benda yang yang gempak pun dengan tagline nie..Saya just nak cerita serba sedikit apa kaitannya Aku,Motivasi Dan Impian Jutawanku.. nie dengan diri saya dan jugak blog nie..Post kali nie jugak boleh dikatakan ada kaitan dengan kenapa terlalu lama saya tak update blog Motivasi Jutawan dot com nie..Kalau anda rajin baca lah sampai habis ok..hehe..

Read the rest of this entry »

August 19th, 2009

Salam buat semua pembaca Motivasi Jutawan[dot]Com

Hari nie saya tengah saya duk belek surat khabar metro online saya ternampak satu artikel yg boleh dikatakan mengujakan saya dan membuat saya semakin bersemangat untuk meneruskan perjuangan saya kearah jutawan di suatu masa nanti…Jadi di sini saya nak kongsikan dengan anda semua tentang artikel tue..Harap leh jadi pembakar semangat juga untuk anda semua…

Read the rest of this entry »

June 8th, 2009

Salam dan selamat sejahtera kepada anda yang sudi membaca di Motivasi Jutawan[Dot]Com..

Hari nie saya nak berkongsi dengan anda tentang sumber motivasi yang saya amalkan untuk terus hidup dan untuk meneruskan perjuangan saya untuk menjadi seoarang jutawan..Memang dah jadi rencah dunia setiap impian yang kite simpan akan ade penghalangnya..Jadi untuk gagahkan diri kite harus ade motivasi diri yang kuat bagi menempuhi semua tue..Begitu jugak yang berlaku pada diri saya sendiri..Ikhlas saya katakan hidup saya memang banyak dugaan dan rintangan yang saya sudah alami dan sedang alami..tapi alhamdulillah saya dapat tempuh semua tue kerana saya ada sumber motivasi yang boleh saya gunakan untuk menangkis cabaran dan dugaan tue..

Sumber motivasi bagi saya,dan yang saya akan guna@amalkan untuk menjadi seorang jutawan di suatu masa nanti(insyaallah) adalah Anak dan Isteri saya…..itulah sumber motivasi saya yang terkuat bg diri saya..Anda tentu nak tahu kan kenapa saya kata macam tue..Pada saya anak dan isteri saya lah yang membangunkan semangat saya untuk terus berjuang dalam menempuh hidup yang penuh dugaan dan cabaran nie.Setiap kali saya dilanda masalah..perkara pertama yang saya akan buat adalah merenung wajah anak dan isteri..Alhamdulillah sehingga ke hari nie setiap masalah saya dapat hadapi dengan tenang…Mengikut pengalaman saya..bile saya merenung wajah anak dan isteri saya tue..segala masalah akan hilang..malah menimbulkan semangat yang baru pulak pada saya,kerana pada saya setiap ape yang saya impikan adalah untuk kehidupan anak dan isteri saya..Setiap keceriaan yang dapat saya lihat pada wajah anak dan isteri saya adalah satu penghargaan yang besar dalam hidup saya..Jadi pesan saya kepada pembaca Motivasi Jutawan[Dot]Com..kalau yang sudah berumahtangga tue jadikan lah anak dan isteri anda tue sebagai pendorong motivasi diri anda untuk berjaya dalam sesuatu bidang mahupun impian untuk menjadi jutawan…Setakat tue saja lah buat kali nie..saya tak nak menulis panjang2 pasal takut anda berasa bosan pulak membaca post saya nie yang  tak seberapa nie…




May 29th, 2009

Salam dan selamat sejahtera kepada anda pembaca Motivasi Jutawan[Dot]Com..tak lupe jugak saya nak ucapkan selamat berhari minggu kepada anda yang berada di pantai timur..(kitorang cuti hari jumaat hehe jangan jeles…)

Sempena Hari JUMAAT yang Mulia nie,saya nak kongsi sikit dengan anda semua tentang seseorang yang menjadi insiprasi dan pendorong kepada saya di dunia online nie..tentu ramai yang dah kenal Idol saya nie iaitu Saudara IRFAN KHAIRI…tapi ape pun saya nak cerita la serba sedikit tentang perjalanan hidup beliau dalam perniagaan online nie.

Perihal Jutawan Muda Dalam Perniagaan Internet.(Irfan Khairi)

Jutawan Internet Muda Malaysia!!Beliau adalah anak kelahiran Perak dan di besarkan di Negeri Sembilan.Beliau merupakan orang pertama dalam keluarga beliau yang berani mencebur diri dalam dunia perniagaan kerana latarbelakang keluarga beliau bukanlah berasal dari perniagaan.Idola beliau adalah jutawan dunia iaitu Bill Gates.Beliau adalah seorang insan yang berjiwa besar,bersemangat dan cekal dalam mengharungi dunia perniagaan online(internet) dan beliau juga seorang yang telah berjaya menjadikan minat beliau yang begitu mendalam terhadap perniagaan internet untuk menjadikan beliau jutawan internet termuda pertama di Malasia pada waktu tue..

Beliau memulakan karier di bidang perniagaan online sewaktu beliau berumur 18 thn(baru lepas SPM nie!!) dan 7 tahun kemudian beliau berjaya mendapat SATU JUTA pertama beliau..Walaupun begitu beliau tidak pernah lupe diri dan sombong dan masih berpakaian simple seperti dulu2..

Siapa tahu beliau merupakan graduan di Universiti StaffordShire,Britain dan beliau pernah bekerja di sebuah syarikat It yang terbesar di Birmingham iaitu NETMEDIA(UK) .Beliau telah menjalankan perniagaan online nie merangkumi servis,penjualan,perunding@khidmat nasihat seperti penjualan e-book,membina grafik,membina laman WEB,teknik SEO(search engine optimization),penempahan peta,penempahan hotel,perunding multimedia dan juga pembelajaran(seminar)..

Beliau yang sanggup berhenti kerja semata2 nak tumpu sepenuh masa kepada perniagaan online beliau yang beliau mulakan saat beliau tamat sekolah menengah dan tindakan nekad beliau berhasil dan di saat umur beliau mencapai 29 tahun beliau sudah bergelar jutawan muda internet.Dan sekarang beliau hanya bekerja dengan bertemankan laptop dan talian internet beliau mampu menghasilkan duit.

Begitu lah serba sedikit kisah pahit maung Idol saya nie hehe…untuk pengetahuan anda semua beliau ada menghasilkan ebook yang bertajuk MENTOR JUTAWAN dan kalau anda nak tau lebih banyak lagi anda boleh lawati blog beliau irfankhairi.com..Dan kalau anda nak tau tentang ebook beliau anda boleh klik banner dibawah ok….

p/s:jadikanlah kejayaan seseorang tue sebagai motivasi dan inspirasi untuk anda berjaya di masa depan