Motivasi Jutawan dot Com

Bermulalah Pemburuan Impian Jutawan…

August 19th, 2009

Salam buat semua pembaca Motivasi Jutawan[dot]Com

Hari nie saya tengah saya duk belek surat khabar metro online saya ternampak satu artikel yg boleh dikatakan mengujakan saya dan membuat saya semakin bersemangat untuk meneruskan perjuangan saya kearah jutawan di suatu masa nanti…Jadi di sini saya nak kongsikan dengan anda semua tentang artikel tue..Harap leh jadi pembakar semangat juga untuk anda semua…

Read the rest of this entry »

June 29th, 2009

Salam dan selamat sejahtera buat anda semua yang masih sudi untuk membaca di Motivasi Jutawan[Dot]Com..Terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan kepada anda kerana dengan sokongan andalah yang buat saya bertambah semangat untuk menulis..

Kali nie saya tak nak menulis panjang lebar untuk anda atas sebab kesuntukan masa yang teramat sangat pada saya kerana kesibukan yang sedang saya alami sekarang nie..Untuk kali nie saya hanya nak berkongsi dengan anda sebuah video yang mengandungi nilai2 motivasi yang pada saya dapat anda jadikan panduan motivasi diri..silalah tonton video nie sampai habis ye…insyaallah anda akan faham maksud yang nak disampaikan melalui video nie ye…selamat menonton…

p/s=saya suke tengok video nie..sebab tue saya nak kongsikan dengan anda pulak..terpulanglah pada anda menilainya..




June 27th, 2009

Mikaeel Dalam Kenangan.25 hb Jun merupakan hari yang mengemparkan dan menyedihkan bagi peminat Raja Pop dunia iaitu MICHEAL JACKSON..Beliau meninggal dunia akibat serangan jantung..Sebelum nie beliau pernah memeluk ISLAM dan memilih nama Mikaeel yang bersempena nama malaikat yang bertugas sebagai pemberi rezeki sebagai nama Islamnya.Alhamdulillah beliau mendapat hidayah dari Allah untuk memeluk agama Islam sebelum beliau meninggal dunia..Semoga roh beliau diterima sebagai seorang islam di sisi Allah..Saya jugak amat terharu dengan kematian beliau sebab saya adalah antara peminat beliau..ape pun kite kena rela dengan pemergian beliau kerana setiap yang bernyawa pasti akan mati..

Read the rest of this entry »

June 22nd, 2009

Salam sejahtera buat anda pembaca Motivasi Jutawan[Dot]Com..

Oleh sebab masa yang asyik mencemburui saya skang nie buat saya jadi kurang masa untuk sediakan post baru untuk anda semua..Tapi insyaallah bile dah selesai semua kerja2 saya yang tengah menimbun nie saya akan cuba sedaya upaya saya untuk sediakan entry terbaru buat anda yang sudi membaca di sini ok….doakan saya ok…

Entry kali nie berkenaan akibat daripada kehilangan motivasi diri..Banyak yang saya dapat dengar,baca dan lihat tentang orang yang kehilangan motivasi diri dan bermacam kejadian telah berlaku akibat dari tue..

Kali nie saya nak kongsikan sedikit kisah yang berlaku akibat dari kehilangan motivasi diri…

Read the rest of this entry »

June 19th, 2009

Salam kepada semua yang sudi membaca di Motivasi Jutawan[Dot]Com..Terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan kepada anda sebab tanpa anda tiada guna lah blog nie..Sokongan daripada anda semualah yang membuatkan saya semakin berkobar2 untuk menulis di sini….Thanx for you all!!!…

Erm..pada hari dan malam yang mulia nie(malam jumaat) saya nak mengajak anda membaca sikit cerita yang berkait dengan motivasi..pada saya melalui cerita motivasi jugak ramai yang dapat jadikan panduan untuk memotivasikan diri..Kiranye melalui cerita motivasi jugak boleh memberikan kesan kepada anda yang nak membangunkan motivasi diri sebab cerita motivasi nie boleh kite katakan sebagai contoh bg memudahkan pemahaman kite semua..So…sudikan lah mengikuti cerita motivasi tentang Seorang Si Penebang Pokok……

Read the rest of this entry »

May 29th, 2009

Salam dan selamat sejahtera kepada anda pembaca Motivasi Jutawan[Dot]Com..tak lupe jugak saya nak ucapkan selamat berhari minggu kepada anda yang berada di pantai timur..(kitorang cuti hari jumaat hehe jangan jeles…)

Sempena Hari JUMAAT yang Mulia nie,saya nak kongsi sikit dengan anda semua tentang seseorang yang menjadi insiprasi dan pendorong kepada saya di dunia online nie..tentu ramai yang dah kenal Idol saya nie iaitu Saudara IRFAN KHAIRI…tapi ape pun saya nak cerita la serba sedikit tentang perjalanan hidup beliau dalam perniagaan online nie.

Perihal Jutawan Muda Dalam Perniagaan Internet.(Irfan Khairi)

Jutawan Internet Muda Malaysia!!Beliau adalah anak kelahiran Perak dan di besarkan di Negeri Sembilan.Beliau merupakan orang pertama dalam keluarga beliau yang berani mencebur diri dalam dunia perniagaan kerana latarbelakang keluarga beliau bukanlah berasal dari perniagaan.Idola beliau adalah jutawan dunia iaitu Bill Gates.Beliau adalah seorang insan yang berjiwa besar,bersemangat dan cekal dalam mengharungi dunia perniagaan online(internet) dan beliau juga seorang yang telah berjaya menjadikan minat beliau yang begitu mendalam terhadap perniagaan internet untuk menjadikan beliau jutawan internet termuda pertama di Malasia pada waktu tue..

Beliau memulakan karier di bidang perniagaan online sewaktu beliau berumur 18 thn(baru lepas SPM nie!!) dan 7 tahun kemudian beliau berjaya mendapat SATU JUTA pertama beliau..Walaupun begitu beliau tidak pernah lupe diri dan sombong dan masih berpakaian simple seperti dulu2..

Siapa tahu beliau merupakan graduan di Universiti StaffordShire,Britain dan beliau pernah bekerja di sebuah syarikat It yang terbesar di Birmingham iaitu NETMEDIA(UK) .Beliau telah menjalankan perniagaan online nie merangkumi servis,penjualan,perunding@khidmat nasihat seperti penjualan e-book,membina grafik,membina laman WEB,teknik SEO(search engine optimization),penempahan peta,penempahan hotel,perunding multimedia dan juga pembelajaran(seminar)..

Beliau yang sanggup berhenti kerja semata2 nak tumpu sepenuh masa kepada perniagaan online beliau yang beliau mulakan saat beliau tamat sekolah menengah dan tindakan nekad beliau berhasil dan di saat umur beliau mencapai 29 tahun beliau sudah bergelar jutawan muda internet.Dan sekarang beliau hanya bekerja dengan bertemankan laptop dan talian internet beliau mampu menghasilkan duit.

Begitu lah serba sedikit kisah pahit maung Idol saya nie hehe…untuk pengetahuan anda semua beliau ada menghasilkan ebook yang bertajuk MENTOR JUTAWAN dan kalau anda nak tau lebih banyak lagi anda boleh lawati blog beliau irfankhairi.com..Dan kalau anda nak tau tentang ebook beliau anda boleh klik banner dibawah ok….

p/s:jadikanlah kejayaan seseorang tue sebagai motivasi dan inspirasi untuk anda berjaya di masa depan